Al-Kisah Permaisuri Demodikes

Dengar sini sahabat semua,
Kami Demodikes berkongsi cerita,
Setahun setengah sangat bermakna,
Kenal hati budi bersama sama.

Dari syabab, dia terpilih,
Menjadi raisah memang kebal,
Dedikasi orangnya walaupun letih,
Addawiyah orangnya siapa tak kenal.

Diam diam ubi berisi,
Masyi orangnya tak usah dinafi,
Laptop dia famous ke sana ke sini,
Tentulah Nadhrah siapa lagi.

Bab inrac, bagi dekat dia,
Nak claim duit program, ketuk A122
Tinggi lampai ayunya dia,
Fatin Diyana atau Ijah gelarnya.

Ustazah DNI memang sebati,
Tapi sebenarnya dia baik sekali,
Tsiqah yang amat memang tak syak lagi.
Fatin Najeehah empunya diri.

Kecil molek akad kita ni,
Quran bergerak dalam organisasi,
4 rata memang muka ni,
Fathiah orangnya sudah pasti.

Comel orangnya berkaca mata,
Sekali ketawa gegar dunia,
Terajui bpi dengan bergaya,
Husna Bazilah diberi nama.

Saidatul Najeeha pemilik nama,
Isu semasa dia tahu semua,
Pasal kad ktm bagi dekat dia,
Ustazah bpart yang memang berjaya.

Ustazah Ekon lebih kurang sama,
Gigih berniaga dengan ahlinya,
Tinggi ayu cantiknya dia,
Takkan tak tahu, mestilah Syamina.

Dalam surau suara bergema,
Di padang juga lebih kurang sama,
Masyi dia ni usah dicerita,
Kamilah Zamri DNI kedua.

Sasterawati negara impian dia,
Menulis buku memang cita cita,
Pick up line dia boleh tahan juga,
Mestilah Hiqmah tak payah tanya.

Orang pertama khatam hafazan,
Bilik terbersih menjadi tumpuan,
Perfectionist jugak dia ni tuan tuan,
Afiqah Athirah menantu pilihan.

Muka chinese comel sekali,
Senyum sentiasa tak pernah jemu,
Suara kuat ketika mengaji,
Nurin si amoi jangan tak tahu.

Havoc orangnya memang gila-gila,
Wife Mr Gong dia yang kata,
Dalam halaqah 1 dialah ketua,
Cet atau syahidah namanya.

Bestfriend Mrs Gong samalah juga,
Happy-go-lucky tak kira masa,
Bersama dengannya bahagia sentiasa,
Sarah namanya Salmah pun sama.

Aeisyah pula lain cerita,
Diam ayu baik orangnya,
Tapi loghatnya sukar dicerna,
Tak pelik sebab klate rupanya.

Senegeri juga tapi lain cerita,
Atlet demodikes lawa orangnya,
Servis botam dia, semua ternganga,
Aisyah Zahari itulah dia.

Atlet juga ustazah sorang ni,
GK boja itulah posisi,
Buat kerja sangat berdedikasi,
Afifah Sukrilah siapa lagi.

Hobi tegarnya membaca buku,
Sebut buku mana semua dia mahu,
Tak cukup baca, dropship pulak tu,
Athirah Jama takkan tak tahu.

Rumet dia Hanis Nadia,
Baik orangnya pemurah sentiasa,
Senyum tak pernah lokek di bibirnya,
Semua orang senang dengan dia.

Wan Umairah sedikit berbeza,
Menjadi tinggi itu cita-cita,
Kreatif jugak melukis dan warna,
Lepastu upload dalam instanya.

Biliknya sering menjadi tumpuan,
Walau seorang tak pernah ditinggalkan,
Dalam catur dia harapan,
Hidayah Suhaimi itulah gerangan.

Ini juga jaguhan negara,
Bermain catur relaks sahaja,
Kreatif orangnya kelakarlah juga,
Amani Balqis itulah dia.

Adilah pula sahabat sejatinya,
Satu usrah teman sekerja,
Ceria orangnya tak kira masa,
Melukis juga tak kurang hebatnya.

Seorang lagi ni lain kisahnya,
Diam sahaja tak banyak bicara,
Kek coklatnya memang ternama
Tak salah lagi Faridatul Liyana.

Dari Utara dia kemari,
Orangnya pembersih memang rapi,
Outing itu memanglah hobi,
Nailil Izzah empunya diri.

Sahabat sekolah mereka dua ni,
Tapi yang ini annoying sekali,
Tahap lampinya boleh tahan tinggi,
Syafiqah Ishak maaf Im sorry.

Lain pula yang dari selatan,
Ketawanya comel memang hiburan,
Jangan taktau atlet ni tuan tuan,
Hafizah Mahat begitu gelaran.

Dalam IC panjang namanya,
Paling muda antara kami semua,
Fitriyah Nasir itulah nama,
Panggil Kalsom bolehlah juga.

Membaca Al Quran sambil berjalan,
Kalau duduk tidurlah pula,
Diam orangnya diusik jangan,
Jamilyn Iman tamparan berbisa.

Kecil kecil cili padi,
Masyi orangnya sukar ditandingi,
Serius orangnya tapi baik hati,
Itulah Zulaikha tidak syak lagi.

Sebut namanya semua orang tahu,
Atlet Demodikes sukar ditandingi,
Botam boja semua dia sapu,
Hidayah Yusof nama diberi.

Tinggi kurus saja orangnya
Dia memang mesra tapi ada masa,
Ditiup angin terbanglah dia,
Aiman, kami gurau sahaja.

Ain rumetnya sedikit berbeza,
Ratu Carrom itu yang sama,
Hobi yang ini suka membaca,
Sebut buku apa, semua dia ada.

Jiran sebelah lainlah pula,
Tinggi orangnya berkaca mata,
Sekali bicara terpukau semua,
Itulah Aida memang idola.

Yang ini kami gelarnya ensiklopedia,
Bab sirah sejarah semua bagi dia,
Baik orangnya manjalah juga,
Balik setiap minggu itulah Farhana.

Asalnya dari Pulau Mutiara,
Cik Akak kita petah bicara,
Ayatnya semua sedap belaka,
Macam tak kenal Masturina orangnya.

Ini pula kawan rapatnya,
Dengar suara sudah tahu empunya,
Kecil molek atletlah juga,
Aisyah Jaim begitulah nama.

Yang ini juga lebih kurang sama,
Tapi gulanya terlebih pula,
Semua dia sayang tak kira masa,
Ashikin Irwan bahagia sentiasa.

Nama yang sama karakter berbeza,
Diam sahaja tinggi ilmunya,
Berkaca mata comel orangnya,
Orang panggilnya Ashikin Mustapha.

Orang Selatan lain cerita,
Loghat semua sukar difahaminya,
Tapi dia gigih berusaha,
Miss Module kita Afiqah Zikri Hana.

Rajin mengulang tak pernah jemu,
Imamah Demodikes disusun semua,
Baik orangnya comel pulak tu,
Anis Izzaty itulah nama.

Fatin Farzana rakan halaqahnya,
Rajin juga macam tak biasa,
Havoc orangnya gila gilalah juga,
Dalam mamarazi bisinglah dia.

Yang ini juga lebih kurang sama,
Tapi lembutnya luar biasa,
Tinggal di Timur sekolah di Utara,
Syarifah Hajar cool sahaja.

Pasangan kembar idola semua,
Tasnim dan Kauthar comel keduanya,
Berdedikasi juga kemas orangnya,
Atas padang mereka juga juara.

Ini juga aktif orangnya,
Kreatif juga tak disangkal lagi,
Jangan diusik kalutlah dia,
Izzah Zarifah begitu dalam IC.

Orangnya kecil tapi ranggi,
Ubat ubatan dijaga rapi,
Alatan sukan sudah sebati,
Yasmin Rosdi nama diberi.

Sekian sahaja dari kami,
Izinkan kami mengundur diri,
Terima kasih daun keladi,
Salah silap harap dimaafi,


Karya oleh: Nurul Yasmin Mohd Rosdi
Latest

1 comments:

������


EmoticonEmoticon